Posts

Showing posts from July, 2022

TOPIK 4:PENGURUSAN SUMBER

Image
Proses mengajar pelajar bukanlah satu tugas yang mudah. Oleh itu, guru haruslah bijak dalam mencari sumber pembelajaran yang membolehkan pelajar menguasai sesuatu topik pembelajaran. Sumber sedia ada mesti digunakan sepenuhnya untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Rangsangan daripada pelbagai sumber adalah penting untuk memupuk kreativiti dan inovasi dalam diri pelajar. Oleh itu, guru harus sentiasa peka dengan perkembangan semasa dalam teknologi pengajaran dan kesannya terhadap proses pembelajaran pelajar. Dalam pendidikan, pembelajaran berkesan adalah mengenai penggunaan sumber yang sesuai terutamanya yang boleh dilihat, dirasa, disentuh, didengar dan dihidu. Konklusinya, penggunaan sumber dalam bidang pendidikan mampu meningkatkan kepahaman pelajar terhadap pengajaran yang telah diajar kepada mereka. Selain itu juga, guru-guru dapat menyampaikan sesuatu pengajaran yang lebih berkesan lagi berpandukan kepada sumber sebagai rujukan dalam membuat pe...

TOPIK 2:PENGURUSAN MURID

Image
Pengurusan pelajar ialah satu proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau projek pelajar, pengurusan pelajar dan projek yang berkesan, kawalan dan penilaian prestasi dan projek pelajar, dan pemilihan pendekatan atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. Pengurusan pelajar meliputi pelbagai disiplin, kejayaan akademik dan sahsiah pelajar. Pentadbiran sekolah perlu merancang lebih awal supaya pentadbiran pelajar menjadi lebih teratur dalam menguruskan hal-hal lain, seperti menguruskan rekod pelajar, menyediakan pelajar untuk pembelajaran, dan memotivasikan pelajar. Semua pihak yang terlibat di sekolah perlu bekerjasama sebagai sebuah organisasi dan antara yang terlibat dalam organisasi bagi memastikan proses pengurusan pelajar berjaya. Berikut merupakan peta minda bagi tajuk pengurusan murid; Terdapat dua jenis pengurusan sistem rekod pelajar iaitu dalam talian dan bertulis (manual). Jenis-jenis rekod pengurusan pelajar yang digunakan dalam talian termasuklah Aplikasi...

TOPIK 3:PENGURUSAN BILIK DARJAH

Image
Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran serta usaha untuk mengekalkannya agar objektif yang ditetapkan tercapai. Suasana bilik darjah yang terbaik semasa pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan baik (Mook Soon Sang, 2011). Manakala, Bosch (2006) menjelaskan bahawa pengurusan bilik darjah sebagaimana guru dan pelajar bekerja, saling bekerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku. Menurut Albert & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh didefinisikan sebagai kemahiran guru yang boleh menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran. Hal ini bermakna pengurusan bilik darjah perlu dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada kawalan bilik darjah dan peraturan semata-mata.   Terdapat 5 faktor pengurusan bilik darjah. Antara faktor pentadbiran ialah seseorang guru menguruskan bilik dar...