TOPIK 2:PENGURUSAN MURID

Pengurusan pelajar ialah satu proses yang berkaitan dengan perancangan kerja atau projek pelajar, pengurusan pelajar dan projek yang berkesan, kawalan dan penilaian prestasi dan projek pelajar, dan pemilihan pendekatan atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi. Pengurusan pelajar meliputi pelbagai disiplin, kejayaan akademik dan sahsiah pelajar. Pentadbiran sekolah perlu merancang lebih awal supaya pentadbiran pelajar menjadi lebih teratur dalam menguruskan hal-hal lain, seperti menguruskan rekod pelajar, menyediakan pelajar untuk pembelajaran, dan memotivasikan pelajar. Semua pihak yang terlibat di sekolah perlu bekerjasama sebagai sebuah organisasi dan antara yang terlibat dalam organisasi bagi memastikan proses pengurusan pelajar berjaya.

Berikut merupakan peta minda bagi tajuk pengurusan murid;



Terdapat dua jenis pengurusan sistem rekod pelajar iaitu dalam talian dan bertulis (manual). Jenis-jenis rekod pengurusan pelajar yang digunakan dalam talian termasuklah Aplikasi Pangkalan Data Pelajar (APDM), Sistem Sahsiah Pelajar (SSDM), Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Ekstrakurikuler (PAJSK). Penggunaan manual ialah rekod kehadiran pelajar, rekod pencegahan ponteng, rekod kehadiran ekstrakurikuler, dan sebagainya.Kesediaan kognitif merujuk kepada kesediaan mental untuk berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis, dan menilai masalah dalam bentuk konsep. Pencapaian akademiknya adalah setimpal dengan usaha dan latihan yang diperlukan. Kesediaan emosi adalah sikap kesadaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan, dan minat seseorang dalam melakukan kegiatan belajar. Kesediaan psikomotor merujuk kepada potensi dan kematangan fizikal seseorang berhubung dengan otot, anggota badan dan tulang, serta kawalan dan koordinasi pergerakan badan, di samping beberapa faktor yang mempengaruhi kesediaan untuk belajar: kematangan; kemahiran asas dan pengalaman terdahulu; intrinsik. Motivasi dan fokus. Akhir sekali, kemahiran asas atau pengalaman yang berkaitan diperlukan sebelum pengetahuan atau kemahiran baharu boleh dipelajari.

Rujukan;


Azman b. Hj Adnan, Pengurusan Hal Ehwal Murid Di Sekolah, di

https://semekanet99.tripod.com/pengurusanhem1.htm pada 3 Februari 2011.





Comments