TOPIK 5:STRATEGI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN

 

Menurut kepada Morrisey, strategik merupakan satu proses untuk menentukan arah yang harus dituju oleh suatu perusahaan supaya dapat tercapai segala misi. Bagi definisi pengurusan pula, menurut kepada Stoner, beliau mengatakan pengurusan ialah satu proses merancang, mengelola, memimpin, mengawal daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Maksud bilik pembelajaran pula ialah satu tempat bagi pelajar berkumpul dan memperoleh pengetahuan daripada guru. Akhir sekali, menurut kepada Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel, pengurusan bilik darjah bermaksud kemahiran guru menggunakan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan menguruskan tingkah laku pelajar dalam menyediakan suatu iklim pembelajaran yang sesuai. Strategi mengurus bilik pembelajaran ini boleh dibahagi kepada tiga bahagian iaitu unsure fizikal bilik darjah, interaksi dalam bilik darjah dan mengurus iklim pembelajaran positif.


FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN;

1)Faktor fizikal

2)Faktor psikososial

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH;

1)Iteraksi satu hala

2)Interaksi dua hala

3)Interaksi pelbagai hala


PENGURUSAN IKLIM BILIK DARJAH

Bagi memastikan keadaan dan suasana di dalam bilik darjah selesa dan kondusif untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini menyebabkankan pelajar dapat menuntut ilmu dengan berkesan. Terdapat tiga jenis suasana yang perlu diambil perhatian iaitu:

 

·         Suasana fizikal

·         Suasana sosial

·         Suasana emosi

 

 


Rujukan;

https://myguru.upsi.edu.my/documents/2021/courses/KPS3014/material/K01947_20210504184008_Topik%208_Strategi%20Mengurus%20Bilik%20Pembelajaran%20Extra.pdf


Guskey, T. R. (2005). Formative Classroom Assessment and Benjamin S. Bloom: Theory, Research, and Implications. Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research Association, Montreal, Canada.https://files.eric.ed.gov/fulltext/ED490412.pdf



Comments